Sabtu, 30 Julai 2016

K-Drama: Doctors


Honestly Ira cakap, Ira ni lebih minatkan Kpop daripada Kdrama. Kalau layan pon, cerita tu mesti cerita yang gila-gila hits dan pelakon dia Ira minat. Bak kata kawan Ira, kalau 'Moon' tengah layan Kdrama, yang lain kena layan jugak sebab cerita tu mesti best. 

Dan nak jadikan cerita, Ira ni still new fan of Kdrama, sebab Ira start layan ni since earlier 2015 macam tu. Masa tu bff Ira lah dok cerita tentang Who Are You: School 2015. Ira ni nak katakan terkena virus Who Are You jugaklah waktu tu XD *hakak ngaku*

And this year, Ira layan banyak jugaklah drama. Tapi buat masa sekarang Ira focus dengan satu drama ni, Doctors.

Nak pendekkan cerita, Ira tengok ni sebab dah tak ada drama lain dah waktu tu. And tengok lead dia Ira minatlah jugak sebab Park Shin Hye. Tapi at first, Ira rasa mesti cerita ni bosan sebab hero dia dah 'tua'...Aigoo~ Tapi nak buat macam mana, layan je lah daripada tak ada benda lain nak buat.


Dalam banyak-banyak drama Park Shin Hye yang pernah Ira tengok sebelum ni, Ira perasan yang drama ni nampakkan sisi dia yang lain. Dan rupa dia pun nampak matured. Cantik sangat dia dalam drama ni. Buat research, dia kata dia hilang banyak berat badan sebab nak jayakan watak dia *Heol Daedahada*

Jalan cerita yang Ira faham setakat ni, Yu Hyejung (Park Shin Hye) ni budak yang pandai tapi sebabkan dia terbiar, ayah dia tak pedulikan dia, mak tiri dia dera dia dan dia dihantar ke rumah neneknya agar nenek dia jaga menyebabkan dia jadi liar. Dia tahu teknik mempertahankan diri. Dan kebetulan, ada cikgu baru yang pindah ke rumah sewa nenek dia tu. Sepatutnya cikgu tu jadi doktor tapi disebabkan satu insiden, dia berhenti dan menjadi cikgu Sains. Nama cikgu tu Hong Jihong (Kim Raewon)

First episode dah buatkan Ira terpukau gitew~ sebab watak aksi lawan-lawan yang Park Shin Hye buat dalam kelab sebab dia jumpa classmate lama dia dengan budak yang buli seorang budak ni dalam tandas.


Okay kali ni Ira nak discuss watak-watak *yang menarik kat mata Ira jelah XD* dalam drama ni

Firstly, of course Park Shin Hye 


Park Shin Hye dalam drama tersangat amatlah degil. Dia taknak belajar. Jadi, waktu dia dapat tahu yang nenek dia mati lepas pembedahan, dia teringat kata-kata nenek dia yang nenek dia nak dia jadi Doktor. Yu Hyejung dalam cerita ni baik, tapi selalu disalah sangka. Lagi-lagi part dia ajak kawan kelas a.k.a bff sekejap dia tu datang gudang. Kebetulan, bff dia lagi sorang yang sengal tu hidupkan api dan dia tetolak kawan dia tu sampai pengsan. Sampai sekarang kawan dia tu tak tahu yang dia selamatkan kawan dia daripada kebakaran. Yang kawan dia ingat, Yu Hyejung ni nak bunuh dia.

Dia sangat berkarisma dalam cerita ni. Yang pasti drama ni buatkan dia nampak sangat lain dari drama-drama dia sebelumnya.

Secondly, my hot ajussi, Kim Raewon


sampai sekarang Ira curious, kalau si Yu Hyejung tu dah 31 tahun dalam drama ni, Hong Jihong ni berapa pulak? tak boleh nak cerita sangatlah sebab dia tersangatlah handsome dan manly dimata Ira. Pelik jugak, kenapa viewers cerita ni tak nak dia end up dengan Park Shin Hye. Ira pun tak nak, kalau boleh biarlah end up dengan Ira *aiseh nak jugak* BTW Kim Raewon punya watak dalam ni sangat-sangatlah mencairkan hati cek~

Thirdly, Lee Sungkyung


Ira tak faham dengan watak minah sorang ni. Dia nilah kawan Yu Hyejung yang selalu salah faham dengan Yu Hyejung. Lepas 13 tahun tak jumpa, dia ingat yang Yu Hyejung still dalam penjara rupanya dah jadi Doktor, setaraf dengan dia. Dia ni pon dulu minat kat Hong Jihong, tapi sebab Hong Jihong minat Yu Hyejung. Dia sebarkan berita tu kat seluruh sekolah sampaikan Hong Jihong kena pecat. Dia dari keluarga doktor yang kaya dan mempunyai hospital sendiri.

Kekayaan dia menyebabkan dia perasan yang dia lebih bagus daripada Yu Hyejung. Tapi sayang, cara bekerja Yu Hyejung lebih bagus menyebabkan Yu Hyejung dipuji semua orang. Dan dia terasa tersisih. Bukan sekali, tapi sudah kali kedua lelaki yang dia suka, suka pada Yu Hyejung

Setakat ni dia tak buat apa-apa yang bahaya pada Park Shinhye (kecuali part rasuah tu -_-)...Kalau tengok drama  ni, watak dia misteri. Nak kata jahat tak, nak kata suci pon tak. Dia ni macam mangsa keadaan dan selalu hidup dalam stress. Apa-apa pun, Ira suka sangat watak dia.

Lastly, Jisoo <3


Dia ni Kim Soocheol, watak cameo yang jadi lelaki yang pernah minat Yu Hyejung. Cek minat dia that's why part dia check record XD...Ingatkan dia ada bercinta dengan Yu Hyejung sebab part episode berapa tah dia bawa lari Yu Hyejung. Rupanya diorang BFF je. Dia dah kahwin dengan orang lain. Bukan main suka si Hong Jihong~

Kelebihan yang ketara Ira tengok drama ni, dia selitkan makna yang pelik-pelik tau, mean perkataan saintifik yang selalu doktor guna lah. Dan pada siapa yang mabuk darah, Ira sarankan tak yah lah tengok, cerita ni manjang kat bilik bedah lah, darah terpancut-pancut, huh ngeri~


Why ha that ajusshi can be so cute and hot at the same time? Hakak tak kuad awak~

Jumaat, 29 Julai 2016

Aku dan Globophobia

Okay, it's been a while ira dah tak aktif blog. But still on, cuma tengok-tengok je lah. hehehe
Fobia? Fahaman kasar orang sekarang adalah benda yang paling,paling,paling dan paling ditakuti seseorang. Ya, ira sendiri akui yang ira ada satu fobia yang start sejak umur 8 tahun macam tu. Dan fobia ira tu adalah GLOMOPHOBIA. Ini adalah fobia pada BELON!

Huh sumpah seram sejuk je. Ini nak cerita antara ingat tak ingat je tapi yang paling ira ingat adalah waktu dulu, kawan dok tiub belon depan kita besar-besar lastu letupkan betul-betul depan lubang telinga ni! Huh! Sakit tu tak payah cerita, meraung on the spot jugak. Sejak tu, ira jadi sangat takut dengan belon. Sampai menggigil-gigil tangan.


Ingatkan dah makin besar ni hilang lah sikit demi sikit rupanya makin teruk. Tahap sampai ira boleh demam lah katakan. Yang dapat ira kesan pasal fobia ni adalah
  • Tangan menggigil-gigil
  • Berpeluh-peluh
  • Hati rasa tak tenang
  • Rasa nak nangis
  • Rasa nak jerit
Huh jangan main-main dengan fobia ira ni. Ira pernah tu sekali pitam sebab classmate dok sentuh-sentuh belon tu kat tudung. Mau riuh sekolah XD

Dan sampai sekarang, rasa bersalah dengan kawan-kawan kem ira ada lagi. Ni sebab waktu riadah kem tu, kitorang kena main dengan belon. Ira mulalah, gelabah tak nak pegang belon. Malu, tak payah cerita. Ira pegang hujung belon tu je dah menggeletar tangan dan waktu suruh letak kat dahi tu, berpeluh-peluh dengan nangis senyap-senyap (takut tahap gaban punya pasal)...Tup tup kalah game sebab ira jatuhkan belon. Waktu diorang bagi belon tu, menjerit kuat jugaklah suruh jauhkan. Ada pulak acara letup-meletup belon ni. Ira lari cepat-cepat kata nak pergi tandas. Huh seram...

Jadi, satu je lah ira nak cakap. Jangan main-main dengan orang yang ada fobia ni. Boleh kacau jiwa dan raga tahu tak. Dan ira rasa ira memang dah tak boleh nak overcome fobia ira ni. Ira tahu memang lawak nak dengar yang ada orang takut BELON tapi percayalah, memang wujud. Lastly, siapa yang tiada fobia tu hargailah kelebihan korang dan jangan cuba nak membuat mereka yang ada fobia ni makin teruk. Sekian, xoxo