Jumaat, 29 Julai 2016

Aku dan Globophobia

Okay, it's been a while ira dah tak aktif blog. But still on, cuma tengok-tengok je lah. hehehe
Fobia? Fahaman kasar orang sekarang adalah benda yang paling,paling,paling dan paling ditakuti seseorang. Ya, ira sendiri akui yang ira ada satu fobia yang start sejak umur 8 tahun macam tu. Dan fobia ira tu adalah GLOMOPHOBIA. Ini adalah fobia pada BELON!

Huh sumpah seram sejuk je. Ini nak cerita antara ingat tak ingat je tapi yang paling ira ingat adalah waktu dulu, kawan dok tiub belon depan kita besar-besar lastu letupkan betul-betul depan lubang telinga ni! Huh! Sakit tu tak payah cerita, meraung on the spot jugak. Sejak tu, ira jadi sangat takut dengan belon. Sampai menggigil-gigil tangan.


Ingatkan dah makin besar ni hilang lah sikit demi sikit rupanya makin teruk. Tahap sampai ira boleh demam lah katakan. Yang dapat ira kesan pasal fobia ni adalah
  • Tangan menggigil-gigil
  • Berpeluh-peluh
  • Hati rasa tak tenang
  • Rasa nak nangis
  • Rasa nak jerit
Huh jangan main-main dengan fobia ira ni. Ira pernah tu sekali pitam sebab classmate dok sentuh-sentuh belon tu kat tudung. Mau riuh sekolah XD

Dan sampai sekarang, rasa bersalah dengan kawan-kawan kem ira ada lagi. Ni sebab waktu riadah kem tu, kitorang kena main dengan belon. Ira mulalah, gelabah tak nak pegang belon. Malu, tak payah cerita. Ira pegang hujung belon tu je dah menggeletar tangan dan waktu suruh letak kat dahi tu, berpeluh-peluh dengan nangis senyap-senyap (takut tahap gaban punya pasal)...Tup tup kalah game sebab ira jatuhkan belon. Waktu diorang bagi belon tu, menjerit kuat jugaklah suruh jauhkan. Ada pulak acara letup-meletup belon ni. Ira lari cepat-cepat kata nak pergi tandas. Huh seram...

Jadi, satu je lah ira nak cakap. Jangan main-main dengan orang yang ada fobia ni. Boleh kacau jiwa dan raga tahu tak. Dan ira rasa ira memang dah tak boleh nak overcome fobia ira ni. Ira tahu memang lawak nak dengar yang ada orang takut BELON tapi percayalah, memang wujud. Lastly, siapa yang tiada fobia tu hargailah kelebihan korang dan jangan cuba nak membuat mereka yang ada fobia ni makin teruk. Sekian, xoxo

8 ulasan:

  1. ehhh samalah kita ira..ceri pun phobia ngan belon jugak, masa sekolah dulu cikgu ngan kawan2 suruh ceri letupkan belon(kitorang buat cabutan bertuah) hahaha walaupun tak menang pun tak apa,asalkan jangan suruh ceri letupkan belon hahaha XD

    BalasPadam
    Balasan
    1. oh my lord at least ada lah jugak gang yg paham perasaan ira sekarang ni XD....i feel you dear...serious talk rasa macam menderita sgt nak overcome fobia ni tapi nak buat mcm mn, dah sebati sgt...hermm~

      Padam
  2. Reen fobia dengan roller coaster >,<

    Btw dear, salam ukhuwah.. Reen follow blog Ira. ♥

    BalasPadam
    Balasan
    1. huh? Ira paling suka dan tak takut dengan roller coaster hahaha...ira suka macam bungee jump,sky diving, naik tempat tinggi. senang cerita yang lasak2 dengan tinggi2 ni ira suke XD...lain pula kite kan

      Salam ukhuwah too, thanks a lot sebab follow *big hug*

      Padam
  3. I think I fobia dgn kucing kut hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. oh susah jugak tu...dulu ira takut2 je kucing tp sekarang ni dh okay...hahaha better you try to overcome it dear~

      Padam